Page 3

Terima kasih kerana berminat untuk membeli produk di Butik Online IzwanIzzati Pretty Collections. Berikut adalah langkah-langkah pembelian di Butik Online kami.

(1)
Pilih produk yang anda inginkan. Jika produk tersebut mempunyai pilihan saiz, pilih saiz yang anda inginkan. Jika anda ingin beli lebih dari sehelai, masukkan bilangan dan kemudian klik "Add to Cart"


(2)
Jika anda ingin membeli lain-lain produk, klik pada "Continue Shopping". Anda juga boleh semak kos penghantaran dengan klik pada "Shipping Estimator". Jika anda telah selesai memilih produk atau anda hanya ingin membeli sehelai/sepasang sahaja di Butik Online kami, anda boleh klik "Checkout" untuk langkah seterusnya.


(3)
Masukkan "Email Address" dan juga "Password" anda. Jika ini adalah kali pertama anda membeli di butik online kami, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Pendaftaran ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja.


(4)
Pilih Kaedah Penghantaran "Shipping Method" yang anda inginkan. Masukkan apa-apa komen jika perlu. Kemudian, klik "Continue" untuk langkah seterusnya.


(5)
Kami menawarkan dua kaedah pembayaran. Anda boleh pilih "Local Malaysian Bank" - Maybank/CIMB. Atau jika anda ingin membayar menggunakan kad kredit anda boleh memilih PayPal sebagai payment gateway. Seterusnya klik "Continue".

(6)
Langkah terakhir. Klik "Confirm Order" dan sila periksa email anda. Anda akan mendapat invoice pembelian dari kami. Didalamnya turut disertakan dengan no. akaun bank kami.


Diharap penerangan ini dapat membantu anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi kami.